Jam - haiwan rahsia Zodiak Cina

Zodiak Cina juga digunakan untuk melabel waktu-waktu dalam sehari, dengan setiap bintang bersamaan satu "jam besar" atau shichen (時辰), iaitu satu tempoh dua jam (24 bahagi 12 haiwan). Maka itu adalah penting bagi seseorang mengetahui waktu lahir setepatnya untuk menentukan bintangnya ini. Haiwan rahsia ini dipercayai merupakan lambang paling tepat mengenai seseorang, kerana haiwan ini ditentukan melalui penyebut yang terkecil, iaitu waktu lahir seseorang. Oleh sebab bintang ini ditentukan berasaskan kedudukan matahari di langit dan bukan waktu jam tempatan, adalah penting untuk mengimbangi waktu simpanan siang.

Jam besar kelahiran seseorang ialah haiwan rahsianya, iaitu bintang sebenarnya yang dijadikan dasar personaliti seseorang itu. Diingatkan walaupun jadual ini agak tepat, namun waktu sebenar peralihan bintang beruah-ubah mengikut hari.

  • 23:00 - 01:00: 子 Tikus
  • 01:00 - 03:00: 丑 Lembu
  • 03:00 - 05:00: 寅 Harimau
  • 05:00 - 07:00: 卯 Arnab
  • 07:00 - 09:00: 辰 Naga
  • 09:00 - 11:00: 巳 Ular
  • 11:00 - 13:00: 午 Kuda
  • 13:00 - 15:00: 未 Kambing
  • 15:00 - 17:00: 申 Monyet
  • 17:00 - 19:00: 酉 Ayam
  • 19:00 - 21:00: 戌 Anjing
  • 21:00 - 23:00: 亥 Babi